Sabah kuatkuasa larangan merokok di restoran 1 Feb 2019

Kerajaan Negeri Sabah memutuskan pelaksanaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau pindaan 2018 yang melibatkan larangan merokok di tempat makan akan dilaksanakan bermula 1 Februari 2019.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Sabah laksana larangan merokok di restoran 1 Feb

Sabah akan mula melaksanakan larangan merokok di premis makanan bermula 1 Februari ini, kata Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

Menurut beliau, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat kabinet yang dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Ini akan memberi masa kepada semua agensi dan pemilik premis terlibat untuk membuat persiapan bagi pelaksanaan peraturan ini.

Penguatkuasaan sepenuhnya peraturan ini hanya akan dilaksanakan pada 1 Julai. Sehingga 30 Jun, kementerian bersama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah akan melaksanakan penguatkuasa pendidikan, katanya pada sidang media hari ini.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم