Susulan tular kes Pemuda tempatan diserang dua warga asing di Pekan Ranau.

Pemuda tempatan diserang dua warga asing di Ranau; masyarakat diminta bertenang. Sumber : Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Shahrul Datuk Haji Abdul Wahab Foto : netizen
Susulan tular kes pergaduhan di Pekan Ranau.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Shahrul Datuk Haji Abdul Wahab dalam satu kenyataan akhbar memaklumkan, dalam kejadian ini, seorang lelaki berusia 28-tahun dikenali sebagai Stanley Gisin telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan setelah diserang dua lelaki warga asing.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Shahrul Datuk Haji Abdul Wahab

RANAU: Seorang lelaki tempatan berumur 28 tahun, menerima lapan jahitan di belakang kepala selepas diserang dua orang lelaki dipercayai warga asing di pasar buah, Pekan Ranau, hari ini.

Ketika kejadian, Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Shahrul Abdul Wahab berkata polis masih menyiasat punca sebenar kejadian berlaku.

Siasatan lanjut serta usaha mengesan suspek juga masih diteruskan.

Polis menasihati masyarakat setempat agar tidak mengambil tindakan di luar batasan undang-undang ekoran kejadian terbabit.

Menurut Mohd Shahrul kira-kira pukul 12.15 tengah hari, semasa mangsa kebetulan berada di belakang di Pekan Ranau, beliau ternampak sekumpulan lelaki keluar dari sebuah kereta Perodua Viva putih dan bertindak seolah menyerang sekumpulan lelaki lain.







Mangsa dibantu dan ditenangkan oleh peniaga-peniaga dan pengunjung di pasar berkenaan. Gambar Ihsan Polis
Apabila melihat perkara tersebut, mangsa turut melarikan diri ke arah sebuah kedai lain dan kemudiannya berlari ke arah pasar buah.

Oleh kerana penat, mangsa berhenti berlari untuk berehat, namun beliau dipukul oleh dua lelaki warga asing dengan menggunakan sebatang besi paip berukuran lebih kurang 41 sentimeter.

Mangsa dipukul sebanyak tiga hingga empat kali di bahagian belakang kepala dan badan sebelum suspek bertindak melarikan diri.




Gambar mangsa dengan kesan darah dari belakang kepala tular di media sosial. Gambar Sumber media sosial
Dalam kejadian tersebut, mangsa berjaya merampas besi yang digunakan oleh suspek untuk memukulnya.

Mohd Shahrul berkata setelah mendapat makluman berkenaan kejadian tersebut, pihak polis segera bergegas ke tempat kejadian.

“Pada ketika itu, beberapa orang dikesan berlegar di tempat kejadian, namun selepas menyedari kehadiran pihak polis mereka kemudian bertindak melarikan diri.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala dan badan. Selain itu, mangsa telah menerima lapan jahitan sebelum dibenarkan pulang ke rumah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Jelasnya mangsa kemudiannya tampil ke Balai Polis Ranau untuk buat laporan polis.

Kejadian disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut disarankan untuk menghubungi pihak polis, sama ada menghubungi terus pegawai penyiasat di talian 013-2956467 atau tampil ke balai polis atau pondok polis berdekatan.

Menurut beliau, pada 9-Jun lebih kurang pukul 12:15-tengahari, mangsa yang kebetulan berada di belakang Kedai Ang Tai, Pekan Ranau ternampak sekumpulan lelaki yang keluar daripada sebuah kereta Perodua Viva putih telah bertindak seolah menyerang sekumpulan lelaki lain.

Apabila melihat akan perkara itu, mangsa turut melarikan diri ke arah Kedai Hap Seng dan kemudian berlari ke arah pasar buah.

Oleh kerana penat, mangsa telah berhenti berlari dan seterusnya dipukul dua lelaki warga asing dengan menggunakan sebatang besi paip berukuran lebih kurang 41-sentimeter.

Mangsa di pukul sebanyak tiga hingga empat kali di bahagian belakang kepala dan badan sebelum saspek bertindak melarikan diri.

Punca sebenar kejadian berlaku masih dalam siasatan.

👮👮Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

*MAKLUMAN KES PERGADUHAN DI PEKAN RANAU*

Tempat kejadian :-

Di Hadapan Pasar Buah Pekan Ranau Sabah
Tarikh dan masa kejadian :-

09/06/2019 jam lebih kurang 1235 Hrs
Mangsa seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Stanley Gisin, berumur 28 tahun
Kecederaan :-

- luka di bahagian belakang kepala dan badan
Pada 09/06/2019 jam lebih kurang 1215 semasa mangsa kebetulan berada di belakang Kedai Ang Tai, Pekan Ranau, beliau ternampak sekumpulan lelaki keluar daripada sebuah kereta Perodua Viva putih dan bertindak seolah menyerang sekumpulan lelaki lain.

Apabila melihat akan perkara itu, mangsa turut melarikan diri ke arah Kedai Hap Seng dan kemudian berlari ke arah pasar buah.

Oleh kerana penat, pengadu berhenti berlari dan seterusnya di pukul oleh 2 lelaki warga asing dengan menggunakan sebatang besi paip berukuran lebih kurang 41 cm.

Pengadu di pukul sebanyak tiga hingga empat kali di bahagian belakang kepala dan badan sebelum saspek bertindak melarikan diri. Dalam kejadian ini pengadu berjaya merampas besi yang di gunakan oleh suspek untuk memukulnya.

Setelah mendapat makluman, pihak polis segera bergegas ke tempat kejadian di mana pada ketika itu, beberapa orang dikesan berlegar di tempat kejadian, namun selepas menyedari kehadiran pihak polis mereka kemudian bertindak melarikan diri.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala dan badan. Mangsa telah menerima enam jahitan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Mangsa telah tampil ke Balai Polis Ranau Sabah untuk buat laporan polis
Punca sebenar kejadian berlaku masih dalam siasatan.

Kejadian disiasat di bawah Seksyen 324 KK oleh Sjn Callixtus @ Joeanis - Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau.

(013-2956467)

Siasatan lanjut serta usaha mengesan saspek masih diteruskan.

Orang ramai yang ada maklumat berhubung kejadian ini disarankan untuk menghubungi pihak polis, sama ada menghubungi terus pegawai penyiasat atau tampil ke mana mana balai polis atau pondok polis berdekatan.

Masyarakat setempat juga dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan di luar batasan undang-undang ekoran kejadian ini

Sekian, untuk makluman.

Terima kasih.

*KETUA POLIS DAERAH RANAU*

Post a Comment

أحدث أقدم