Jangan letakkan penyebab masalah tanah runtuh di pertengahan jalan Kundasang-Ranau hanya kepada faktor cuaca semata-mata. Masalah ini juga sebenarnya turut berpunca dari kerakusan manusia yang memotong bukit secara tidak terkawal dan telah mengubah ekosistem semula jadi. Pihak penguatkuasa yang berkenaan harus kerap melakukan pemantauan dari masa kesemasa bagi meminimakan risiko bencana akibat perubahan atau gangguan ekosistem ini.
Jalan Ranau – Kundasang, di Kilometer 11.3, dekat Kg. Pinausok di sini, yang terputus akibat kejadian tanah runtuh malam tadi, masih ditutup.
Menurut laporan terkini Jurutera Daerah JKR Ranau, Mac Glen F. Lojuman, kerja-kerja pembersihan dan penimbunan sedang giat dijalankan.Jalan utama Terputus.
“Terdapat 2 buah jentera jenis Jengkaut (Excavator) dan sebuah Jengkaut Bajak (Backhoe) ditempatkan di lokasi kejadian untuk kerja-kerja berkaitan.
“Papan tanda penunjuk jalan alternatif telah dipasang di setiap laluan sebagai rujukan pengguna jalan dari kedua-dua arah. Petugas (Flagman) turut ditempatkan di setiap simpang laluan alternatif,” katanya.
Kerja-kerja pembersihan giat dijalankan.
Beliau juga mendakwa, pemilik tanah tiada memohon sebarang ulasan daripada JKR dan jabatan berkaitan sebelum memulakan kerja-kerja berkenaan.
Pihak Konsesi giat menjalankan kerja-kerja berkaitan di lokasi tanah runtuh.
Dalam kejadian jam 9.40 malam pada Ahad, ratusan kenderaan yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke pantai timur Sabah dan sebaliknya terkandas selepas berlaku tanah runtuh dalam skala menyebabkan jalan utama terputus.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق