Laluan runtuh di Kundasang dibuka kepada lalu-lintas esok
Lokasi laluan runtuh di Kilometer 96.7 Jalan Kundasang-Ranau yang terjejas sejak 8 Disember tahun lalu dibuka untuk lalu-lintas esok, Khamis, 09 Januari 2020.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Datuk Richard Jomiji Kinsil, ketika dihubungi hari ini berkata, bagaimanapun laluan berkenaan dibuka selepas garisan jalan dibuat dan papan tanda amaran dipasang sebagai langkah keselamatan.
8 Januari…kerja-kerja fasa akhir, menurap permukaan jalan
“Pihak kontraktor giat melakukan kerja-kerja fasa akhir iaitu menurap permukaan jalan dan kerja berkaitan ketika ini dan mungkin sehingga lewat malam,” katanya.
Mac Glen..Jurutera Daerah JKR Ranau, kerja keras sejak 8 Disember tahun lalu
Sementara itu, Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Ranau (JKR) Mac Glen F. Lojuman ketika dihubungi memberitahu, pihaknya bersama kontraktor akan berada di lokasi untuk pemantauan.
Datuk Ir.Richard Jomiji Kinsil, Pengarah JKR
“Beberapa buah jentera juga turut ditempatkan di lokasi sebagai langkah persediaan jika berlaku perkara tidak diingini terutama runtuhan susulan.
Sudah diturap
“Pada masa sama, beberapa laluan alternatif yang digunakan sebelum ini masih dibuka kepada pengguna dari kedua-dua arah sebagai pilihan,” katanya.
Kerja-kerja menurap jalan pada 8 Januari sebelum dibuka untuk lalu litas esok, 9 Januari 2020.
Kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira 9 malam pada 8 Disember lalu telah menyebabkan laluan utama menghubungkan Kota Kinabalu-Pantai Timur Sabah itu terputus.
Ekoran kejadian itu, ratusan kenderaan dari kedua-dua arah terkandas dan terpaksa menggunakan beberapa laluan alternatif.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Semoga cepat dan lancar diperbaiki..
ردحذفإرسال تعليق