Itu berita palsu
TIADA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Sabah dijangkiti Covid-19 seperti yang tular di aplikasi WhatsApp sejak semalam.Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, maklumat itu adalah tidak benar sama sekali.
“Ia adalah berita palsu,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.
Semalam satu mesej melalui WhatsApp tular kononnya Yang Berhormat (YB) dari Sabah dilaporkan positif Covid-19.
Mesej itu mendakwa seorang ADUN dari Semporna dan Ahli Parlimen Silam disahkan positif Covid-19 sebentar tadi di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu.
إرسال تعليق