Laporan & pic oleh Eric Constantine
Motosikal dirempuh kenderaan, suami isteri maut
Suami isteri maut apabila motosikal dinaiki pasangan itu diseret hingga terhumban ke dalam longkang bersama kenderaan yang melanggarnya dalam kejadian di Jalan Noosob – Hungab, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 2.50 petang itu, penunggang motosikal berusia 35 tahun dan isterinya berusia 38 tahun meninggal dunia di lokasi kemalangan.Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang maut selepas motosikal dinaikinya bersama isteri dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Noosob – Hungab, Penampang.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata siasatan awal mendapati kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza dipandu seorang lelaki dipercayai hilang kawalan.
“Lalu kenderaan itu terbabas di jalan selekoh dan masuk ke lorong bertentangan sebelum melanggar motosikal dinaiki pasangan suami isteri.
Kenderaan MPV Toyota Avanza terjunam bersama motosikal dinaiki pasangan suami isteri dalam kemalangan di Jalan Noosob – Hungab, Penampang.-Ihsan IPD Penampang
Mohd Haris berkata pasangan suami isteri warga asing disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth (HQE 1), Kota Kinabalu.
Suami isteri maut di lokasi kejadian selepas motosikal dinaiki dilanggar sebuah kenderaan di Jalan Noosob – Hungab, Penampang.-Ihsan IPD Penampang
“Pemandu kenderaan MPV Toyota Avanza berusia 33 tahun hanya cedera ringan manakala penumpang lelaki berusia 17 tahun tidak mengalami kecederaan.
“Siasatan masih dijalankan dan mayat pasangan suami isteri dihantar ke HQE Kota Kinabalu untuk bedah siasat,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ingat apabila kes maut di jalan raya, pihak ambulance tidak akan bawa mayat mangsa, sebab masuk kes polis sudah tu.
Saksi bagi tau pemuda yang berusia 33 tahun drive terlampau laju (mcm around 100km/hour, jalan kampung lagi tu).
Yang langgar pakai baju kelabu blue underwear 33 tahun. Yang penumpang dia baju merah baru berumur 17 tahun. dorang dua ni mau pergi jumpa kawan dorang.
Yang sebelah baju stripes orang kampung sini juga, yang nampak muka, dia tidak bersalah, dia tolong interview saja.
Dalam kereta avanza, driver dan penumpang masih selamat.
Saksi bagi tau dia sikit lagi mati kena langgar, tapi berjaya dan sempat mengelak. Dan apabila dia nampak side mirror dia, penunggang motosikal (dua orang) sudah kena langgar. Semua statement tersebut saya bagi sama polis.
Sambil saya telefon ambulans, bagi tau tu kejadian di Jalan Nosoob, dekat dengan Taman Bulan.
Then bila sampai, paramedik bagi tau mangsa tidak dapat diselamatkan. So skrang jadi kes polis.
Ada satu beg sekolah, anak dia mungkin darjah satu. Banyak buku kerja dan buku latihan. Sedih. Waktu PKP, apa mau drive laju laju di jalan kampung.
Ada gambar saya tidak akan delete dulu sebab akan digunakan sebagai bahan bukti untuk polis. dan saya juga yang serahkan saksi keterangan kepada pihak polis.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق