Kerajaan negeri Sabah akan mengumumkan pendiriannya terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, pada 12 Mei ini.
Ketua Menteri,Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjelaskan, buat masa ini, kerajaan negeri kekal dengan keputusan untuk meneruskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),dalam usaha membendung penularan COVID-19.Menurutnya,kerajaan negeri perlu meneliti terlebih dahulu beberapa langkah proaktif sebagai persediaan sebelum melaksanakan PKPB, ke arah menjamin kesihatan dan keselamatan rakyat Sabah.
Dalam masa sama, berupaya menggerakkan usaha memulihkan sektor ekonomi.
Bagaimanapun, langkah itu bukan bermaksud Sabah tidak mahu mengikut peraturan ditetapkan kerajaan Persekutuan, namun, kerajaan negeri perlu meneliti terlebih dahulu beberapa langkah proaktif sebagai persediaan sebelum melaksanakan PKPB ke arah menjamin kesihatan dan keselamatan rakyat Sabah, sekaligus berupaya menggerakkan usaha memulihkan sektor ekonomi.
Mengenai isu sektor ekonomi dalam negeri tidak dibenarkan beroperasi, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Azmin Ali kata kerajaan Sabah mungkin akan disaman disebabkan ini.
Namun sehingga hari ini Ketua Menteri Sabah YAB Shafie Apdal tetap memilih untuk utamakan nyawa dan kesihatan rakyat Sabah.
Oleh itu kerajaan Sabah turut kekal pendirian dengan status quo untuk laksanakan PKP sehingga 12 Mei ini. Terbaik Ketua Menteri Sabah! kita semua sokong keputusan anda!
Saya
ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Sabah kekal dengan pendirian
dengan status quo untuk meneruskan pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei ini.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan Perdana Menteri itu masih perlu dikaji dan diteliti secara mendalam bersesuaian dengan keadaan di Sabah.
Disebabkan kerajaan persekutuan memutuskan perkara itu tanpa berhubung dengan kerajaan negeri terlebih dahulu maka, kerajaan negeri memerlukan persediaan bagi melaksanakan PKPB tersebut.
Dalam masa yang sama, kerajaan persekutuan kena memahami keadaan persekitaran negeri sama ada boleh atau tidak melaksanakan apa yang baharu diputuskan secara serta-merta.
Apa yang lebih penting adalah, kerajaan negeri perlu memberi keutamaan terhadap keselamatan nyawa manusia di peringkat negeri terlebih dahulu sebelum membuka lebih banyak sektor ekonomi.
Saya harap keputusan ini membantu pihak industri dan pemilik perniagaan di Negeri Sabah supaya dapat membuat persiapan lebih rapi sehingga 12 Mei nanti.

إرسال تعليق