Lelaki ditahan tanam 12 batang pokok ganja di belakang rumah dan miliki 58 peluru hidup

Padah suka-suka tanam pokok ganja
Lelaki Ditahan Miliki 12 Pokok Ganja & 58 Peluru Hidup

S eorang lelaki berumur 43 tahun ditahan kerana memiliki 12 batang pokok ganja yang ditanam di halaman belakang rumahnya di Taman Megah Ria,Tawau dan 58 peluru hidup di dalam laci meja bilik tidur di rumah berkenaan.

Seorang kontraktor ditahan selepas memiliki 12 pokok ganja yang didakwa ditanamnya secara suka-suka di belakang sebuah taman perumahan di Batu 3, Jalan Air Panas, dekat sini.


Suspek berusia 43 tahun itu, ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau yang melakukan serbuan di rumah teres dua tingkat itu kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Ketika ditahan, suspek dikatakan berada di bilik tidur utama di tingkat atas kediaman terbabit.


Sumber berkata, sejurus ditahan suspek dibawa ke halaman belakang rumah di mana 12 batang pokok disyaki ganja dengan ketinggian antara 126 hingga 212 sentimeter dirampas.

“Ketika disoal siasat, suspek mengaku mengetahui jenis pokok ditanam itu adalah ganja selain memaklumkan ia ditanam hanya untuk suka-suka.


“Pemeriksaan lanjut turut menemukan satu paket plastik lutsinar berisi tumbuhan kering disyaki ganja dengan anggaran berat kasar 29.52 gram yang disorok dalam rak televisyen ruang tamu di rumah berkenaan.

“Turut ditemui, kira-kira 58 peluru hidup yang disembunyikan dalam laci meja di tepi katil bilik tidur,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan rampasan berkenaan.

“Sidang media akan diadakan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dalam masa terdekat,” katanya.

Post a Comment

أحدث أقدم