Bermula Esok Perjalanan Dari Sabah Perlu Jalani Swab Test 3 Hari Sebelum Berlepas Ke Negeri Lain

Buat ujian swab tiga hari sebelum berlepas dari Sabah

Bermula Esok Pengembara Dari Sabah Perlu Jalani Swab Test 3 Hari Sebelum Berlepas Ke Negeri Lain

Menurut KKM perkara ini akan dimulakan hari ini iaitu 25 November 2020.

M
ulai 25 November 2020, pengembara yang tiba dari Sabah hanya perlu menjalani swab ujian pengesahan COVID-19 tiga hari sebelum berlepas dari Sabah ke negeri lain di Malaysia. 

 

 

PROSEDUR PENGEMBARA DARI SABAH .


Berkuatkuasa 25 November 2020.

Jalani ujian swab RT - PCR atau RTK - Ag ( disahkan negatif ) dalam tempoh 3 HARI sebelum berlepas dari Sabah.

Sentiasa mengamalkan PENJARAKAN FIZIKAL semasa perjalanan dan sentiasa berada di rumah dalam tempoh 14 hari.

Kita masih belum menang , tapi kita pasti boleh menang jika kita sentiasa mengikut SOP yang di tetapkan oleh KKM . Kita jaga kita.
Elakan 3C , Ingat 3 W ( wash , wear , warn ) .

Sekiranya mereka didapati positif ujian pengesanan COVID-19 tersebut atau bergejala, mereka tidak akan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan keluar dari Sabah.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia

Sebelum ini, KKM telah menetapkan semua pengembara dari Sabah wajib jalani kuarantin 14 hari apabila tiba dari negeri tersebut bermula 27 September lepas.

Sekiranya mereka didapati tidak bergejala, dan laporan ujian makmal COVID-19 disahkan negatif, pengembara ini tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.



Apabila tiba sahaja ke pintu masuk Semenanjung, Sarawak dab juga Labuan, pemeriksaan ke atas laporan ujian swab akan dilakukan dan pengembara dari Sabah juga perlu menggunakan aplikasi MySejahtera.


Post a Comment

أحدث أقدم