Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir di Sabah. Gambar ihsan APM
.
Seramai 348 mangsa banjir dari 91 keluarga kini ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah, menyaksikan situasi banjir di Sabah semakin membimbangkan.
J
umlah mangsa banjir meningkat berbanding 270 orang dari 63 keluarga tengah hari tadi.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata, Kota Kinabalu menjadi daerah terkini mencatatkan jumlah mangsa tertinggi setakat ini iaitu seramai 101 orang daripada 18 keluarga.
"Mereka kini ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Likas dan Masjid Jamek Kota Kinabalu. Disyorkan Untuk Anda
"Paitan menjadi daerah kedua merekodkan mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 73 orang daripada 22 keluarga dan ditempatkan di PPS Dewan Binsulung serta Dewan Kubambangan," katanya kepada BH, hari ini.
Jurucakap APM itu berkata, seramai 45 mangsa dari 10 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Kusilad, Pitas manakala Penampang terdapat 38 mangsa membabitkan sembilan keluarga yang dipindahkan ke PPS Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang.
Katanya, 34 orang daripada 16 keluarga dari Kota Belud turut terjejas akibat banjir manakala 12 keluarga direkodkan di Beaufort serta 25 mangsa banjir dari empat keluarga di daerah Putatan.

إرسال تعليق