dua anak pengadu trauma selepas melihat di hadapan mata mereka sendiri tertuduh yang juga merupakan jiran mereka memenggal kepala kucing peliharaan jiran itu menggunakan parang😔
Tindakan tidak berhati perut itu dilakukan di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud Sabah.
Tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan seorang lelaki membunuh seekor kucing yang tidak bersalah dengan memenggal kepala kucing tersebut membawa padah apabila dia dijatuhkan hukuman penjara 29 bulan di Mahkamah Majistret Kota Belud, Sabah semalam. Tertuduh adalah Jeferi Suman berusia 32 tahun telah dijatuhkan hukuman oleh Majistret Lovely Natasha Charles selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.
Berikutan kejadian itu, pengadu kemudiannya telah membuat laporan polis kira-kira jam 3.35 petang pada keesokan harinya dan tertuduh telah ditahan pada 5 Julai yang lalu.
Kejadian itu turut mengakibatkan dua anak pengadu trauma selepas melihat di hadapan mata mereka sendiri tertuduh yang juga merupakan jiran mereka membunuh kucing peliharaan jiran itu menggunakan parang.
Di dalam rayuan tetuduh, dia meminta agar hukuman penjaranya itu bermula daripada dia ditahan reman iaitu pada 5 Julai tahun lalu dan Majistret Lovely Natasha Charles membenarkan rayuan tertuduh.
Walaubagaimanapun, tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam manakala pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa Mohd U’kasyah Hashim.
إرسال تعليق