Dalam kejadian pada jam 5.30 petang itu, tiga anggota bomba turut dilaporkan cedera selepas terkena renjatan elektrik ketika menjalankan operasi pemadaman kebakaran.
K
etiga-tiga anggota terbabit sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) dan Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Pengarah JBPM Sabah, Md Ali Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.40 petang.
Katanya, sebanyak lima jentera dari Balai Bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas dikerah ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam api kebakaran.
“Seramai 23 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Setakat ini, operasi mengawal api kebakaran daripada terus merebak masih sedang giat dijalankan,” katanya.
Menurutnya, tiga anggota yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu bertugas di Balai Bomba Kota Kinabalu dan mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih mendapatkan rawatan lanjut.
Katanya, operasi memadam api kebakaran turut dibantu pasukan bomba daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Kem Lok Kawi yang berada berhampiran kawasan kejadian.
Difahamkan, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi bagi membantu penduduk terjejas selain mengawal keadaan lalu lintas. – AWANI

إرسال تعليق