Anak Umur 13 Tahun Bersalin Dipercayai Dirogol Sepupu di Kota Belud

Sekadar gambar hiasan




Ibu Terkejut Anak Umur 13 Tahun Bersalin Dipercayai Dirogol Sepupu

KOTA BELUD: Seorang ibu terkejut selepas melihat anak perempuannya tiba-tiba bersalin di rumah mereka di sebuah perkampungan di sini, kelmarin.

K
ejadian berlaku pada 3 pagi ketika wanita berkenaan tersedar daripada tidur dan mendapati anaknya yang berusia 13 tahun sedang membersihkan bayi perempuan.

Difahamkan, dia tidak perasan remaja itu mengandung kerana perutnya kecil, dan kemudian membawa kedua-duanya ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut.


Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai pernah dirogol sepupu berusia 14 tahun sebanyak tiga kali sejak Ogos tahun lalu.

“Suspek sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, petang semalam dan hasil siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Beliau turut memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – HMetro

Post a Comment

أحدث أقدم