Tiada sebarang perhimpunan 'Black Democracy' diadakan oleh mana-mana pihak di sekitar bandar raya, hari ini.
T
injauan di beberapa lokasi antara bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Padang Merdeka dan laluan masuk Istana Negeri di sini, mendapati keadaan tenang tanpa sebarang perhimpunan.
Bagaimanapun, tinjauan mendapati pasukan polis mengambil tindakan awal untuk melakukan kawalan ketat di beberapa lokasi dan laluan utama yang mungkin dijadikan sebagai tempat perhimpunan.
Penugasan membabitkan lebih 100 pegawai serta anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang turut dibantu Polis Kontinjen Sabah dilihat memulakan tugas seawal jam 6 pagi.
Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU) dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16 turut dilihat berada di Padang Merdeka sebagai persediaan mencegah sebarang kejadian rusuhan.
Selain itu, Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah juga dilihat bersedia melaksanakan pemantauan dari udara sebagai langkah mengesan pergerakan mencurigakan dari semua aspek.
Terdahulu tular sebuah video berdurasi dua minit 40 saat dengan seorang individu memakai topeng muka yang mengajak seluruh rakyat berkumpul di bangunan KWSP serta Istana Negara masing-masing bagi membantah pelaksanaan 'lockdown' dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, dalam sidang media, semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan.
Katanya, mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan itu boleh dikenakan tindakan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.

إرسال تعليق