PETALING JAYA – Dua kawasan di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan terdapat peningkatan kes Covid-19 di kawasan terbabit.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua kawasan itu dikenakan PKPD bermula 15 Julai ini dan dijangka tamat 28 Julai depan.
“Di Sabah, lokaliti yang terlibat ialah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lintas Sibuga, Sandakan dan Kampung Telaga serta Kampung Pituru, Pitas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
إرسال تعليق