API MARAK: Anggota bomba berusaha memadam kebakaran membabitkan 2 rumah di kawasan Teck Guan Villa. |
KOTA KINABALU: Sebanyak lima rumah musnah dalam dua kejadian kebakaran berasingan hari ini.
Kejadian pertama membabitkan dua rumah di Lorong Tupai 1, Teck Guan Villa dekat sini kira-kira jam 12 tengah malam tadi
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dibantu BBP Lintas bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.18 tengah malam.
Kedua-dua rumah terbabit musnah hampir 90 peratus akibat kebakaran itu. Operasi memadamkan api tamat sepenuhnya pada jam 3.30 pagi.
Dalam kejadian berasingan, tiga rumah musnah akibat kebakaran di Kampung Bariawa Ulu Jalan Kimanis Keningau kira-kira jam 4.30 pagi tadi.
Gegelung ubat racun nyamuk dipercayai menjadi punca kebakaran 3 rumah kayu Kg. Bariawa Ulu Jalan Kimanis, Keningau |
Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kedua-dua kejadian terbabit dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.
إرسال تعليق