720 kes baharu COVID-19 di Sabah

Kickbola.net Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun


KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu COVID-19 di Sabah hari ini ialah 720 kes dengan 331 kes adalah dari saringan kontak rapat.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, selain itu jumlah kes baharu itu juga dari kluster sedia ada dengan 226 kes termasuk 22 kes baharu daripada Penjara Tawau dan saringan bergejala 103.


"Tiada kluster baharu direkodkan hari ini. Pecahan kes mengikut daerah ialah Kota Kinabalu merekodkan 151 kes, Kalabakan 116, Tawau 72, Tuaran 53, Penampang 43, Papar 42, Sandakan dan Beaufort masing-masing 36 kes. "Beluran 30 kes, Sipitang 26, Putatan 20, Keningau 15, Kota Belud 13, Kinabatangan dan Kota Marudu masing-masing 11 kes serta Tenom 10 kes," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu katanya, Semporna merekodkan lapan kes, Kudat tujuh kes, Ranau enam kes, Lahad Datu lima kes, Telupid dan Pitas tiga kes sementara Kuala Penyu dua kes dan Tongod satu kes.


Katanya, daerah yang tidak merekodkan sebarang kes ialah Kunak, Nabawan dan Tambunan.

Post a Comment

أحدث أقدم