8 lagi lokaliti di Sabah dikenakan PKPD - TPM

Kickbola.netIsmail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD itu bermula 27 Julai sehingga 9 Ogos 2021. - Gambar fail




KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 8 lokaliti di Sabah.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan PKPD itu bermula 27 Julai sehingga 9 Ogos 2021.

"Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, kerajaan bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti-lokaliti terbabit," jelasnya dalam kenyataan media pada Ahad.


Berikut lokaliti PKPD yang terbabit di Sabah:

- Kampung Mananam, Tongod
- Taman Semarak Megah, Tawau
- Kampung Sangkabok, Menumbok
- Ladang Belian, Kalabakan
- Kampung Batandok, Beaufort
- Kampung Menanjung, Beaufort
- Kampung Pelakat dan Kampung Pelakat Paya, Sipitang
- Kampung Sumaang, Ranau

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 9 lokaliti ditamatkan hari ini dan 26 Julai 2021.


Ia melibatkan lapan lokaliti di Sabah iaitu Kampung Nahaba, Tegudon di Kota Belud; Jalan Pasir Likas, Taman Kuala Menggatal, Kuarters Tangki Air Biru di Kota Kinabalu; Borneo Timber di Tongod; Kampung Tebongon di Putatan;Kampung Jempangah dan Kampung Rancangan Klias di Beaufort.


Selain itu, katanya PKPD di Damai Apartment, Damansara, Petaling, Selangor ditamatkan bermula 26 Julai 2021.

Post a Comment

أحدث أقدم