Berhenti layan Sabah seperti 'anak tiri' - Azis Jamman

Sabah ibarat anak tiri dalam proses vaksinasi - YB Sepanggar

Mesyuarat Khas Parlimen: Kadar vaksinasi rendah


KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mempercepatkan penghantaran dan proses vaksinasi di negeri Sabah dan berhenti melayan warga negeri itu sebagai anak tiri, kata Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman.

Ini kerana ujarnya peratusan penduduk negeri itu yang sudah divaksinasi masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Perkara ini sekali gus akan menggagalkan sasaran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagi membolehkan 2.7 juta rakyat negeri itu selesai divaksinasi menjelang Oktober depan.

‘’Di negeri Sabah, data menunjukkan bahawa jumlah pemberian dos pertama baru 618 ribu dan dos kedua baru 378 ribu lebih maknanya peratusan berbanding populasi baru 9.7 peratus.

‘’Bagi golongan dewasa yang selesai divaksin adalah 13.7 peratus dan dilaporkan fasa pertama vaksin sampai 26 Februari 2021.

Ini bermakna setelah 5 bulan vaksin sampai ke negeri Sabah, baru 300 ribu yang selesai divaksin dan inilah yang mengakibatkan kami di negeri Sabah rasa dianaktirikan

Datuk Mohd Azis Jamman.

YB Sepanggar

Mohd Azis berkata demikian semasa sesi Mesyuarat Khas Parlimen (Dewan Rakyat) pada Rabu.

IKUTI SISI TV PARLIMEN ASTRO AWANI DI SINI

Selain itu, Mohd Azis turut mempersoalkan bagaimana sasaran yang ditetapkan pada Oktober depan akan mampu dicapai dengan jayanya.

Mohd Azis turut mempersoalkan bagaimana sasaran yang ditetapkan pada Oktober depan akan mampu dicapai dengan jayanya.
‘’Ketua Menteri Sabah ada mensasarkan bahawa kononnya dalam tempoh bermula daripada pada bulan Oktober ini sasaran 2.7 juta akan mendapat vaksin.


‘’Tetapi hanya berbaki dua bulan daripada sekarang, bermakna kalau dalam tempoh lima bulan baru 300 ribu, jadi yang berbaki dua bulan macam mana kita nak mencapai 2.7 juta,’’ tambahnya lagi.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.