Pemandu 4WD maut tersepit selepas terbabas di Kampung Kologon, Ranau

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa tersepit di bawah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Kologon di sini semalam.

Pacuan empat roda terbabas, pemandu tersepit maut di lokasi


RANAU: Seorang lelaki meninggal dunia selepas tersepit di dalam kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki di Kampung Kologon di sini semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan di sini berkata kejadian berlaku apabila kenderaan dinaiki mangsa berumur 56 tahun itu terbabas kira-kira jam 9.13 pagi.

“Bertindak dengan panggilan, kita menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau ke lokasi sejauh tiga kilometer dari jarak balai.

“Sebaik tiba, pasukan bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kenderaan terbabit menggunakan peralatan kebombaan.


Pasukan bomba mengeluarkan mangsa tersepit di bawah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Kologon di sini semalam.
“Mangsa yang dikeluarkan diserahkan kepada pihak perubatan sebelum mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tambahnya selepas memastikan lokasi kekadian selamat pihaknya menamatkan operasi pada jam 9.50 pagi kemudian.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.