COVID-19: 1,035 kes, kontak rapat penyumbang tertinggi kes positif di Sabah

111 kes dilaporkan dari Depoh Tahanan Imigresen Tawau melibatkan tahanan kesalahan Imigresen dan empat kes melibatkan banduan di penjara Kota Kinabalu. FOTO: BERNAMA

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)





KUALA LUMPUR: Sabah terus melaporkan pertambahan kes positif COVID-19 empat angka apabila 1,035 kes dilaporkan pada Sabtu.

Menurut Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun, saringan kontak rapat terus menyumbang angka kes positif tertinggi dengan 48 peratus atau 497 kes daripada jumlah keseluruhan.

“Ini satu petanda jelas bahawa virus COVID-19 sudah berada dalam komuniti dan jangkitan berlaku secara sporadik (tidak tahu siapa yg menjangkiti atau bagaimana boleh terjangkit),” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Selain itu, saringan individu bergejala pula menyumbang 251 kes atau 24.3 peratus dan kes positif yang dikesan melibatkan kluster sedia ada pula sebanyak 18.5 peratus atau 191 kes.

Manakala 111 kes dilaporkan dari Depoh Tahanan Imigresen Tawau melibatkan tahanan kesalahan Imigresen dan empat kes melibatkan banduan di penjara Kota Kinabalu.

Antara lain dua kluster baharu turut dilaporkan melibatkan Kluster Gambaron Dua, Tepulid dengan 53 kes setakat ini dan Kluster Jalan Corak, Tongod dengan 12 kes.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم