Jumlah kes baharu di Sabah melepasi 1,000 kes hari kedua berturut-turut

Hospital Queen Elizabeth 1 di Kota Kinabalu menukar beberapa wad biasa kepada wad pesakit Covid-19.

KOTA KINABALU: Jangkitan baharu Covid-19 di Sabah melonjak 1,035 kes bagi tempoh 24 jam lalu, sekali gus masuk hari kedua berturut-turut kekal merekodkan jumlah melebihi 1,000 kes.

Berbanding semalam, jumlah jangkitan bagi tempoh itu adalah 31 kes lebih rendah.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun, berkata Kota Kinabalu masih menjadi lokasi paling tinggi kadar jangkitan dengan 212 kes, diikuti Tawau (139), Tuaran (72) and Telupid (71).

Susulan peningkatan jumlah pesakit Covid-19 di ibu negeri, beliau berkata pihak berkuasa kesihatan melakukan persiapan menukar beberapa wad di Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1), kepada wad pesakit Covid-19.

“Mereka mahu memastikan mereka sentiasa bersedia,” katanya kepada FMT.


Beliau berkata, pesakit tambahan akan dirujuk ke QEH2, kira-kira 10 kilometer, sebagai maklum balas kepada satu laporan berita memaparkan pesakit menunggu di tepi jalan mendapatkan pengangkutan.

Masidi berkata, kontak rapat kekal mewakili peratusan tinggi jangkitan hari ini membabitkan 497 kes atau 48% daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, sejumlah 24.3% atau 251 kes berpunca daripada pengesanan mempunyai simptom, manakala 18.5 % atau 191 kes daripada kluster sedia ada.

“Ini adalah tanda virus adalah prevalen dalam komuniti dan jangkitan pada tahap sporadik. Kita tidak mengetahui siapa yang menyebarkannya dan bagaimana virus tersebar,” katanya.

Masidi yang juga jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, berkata 115 kes membabitkan banduan, merangkumi empat banduan daripada penjara Kepayan dan 111 tahanan di depo tahanan imigresen di Tawau.
Dua lagi kluster baharu dikesan di kawasan pedalaman, iaitu kluster Gambaron Dua di Telupid dan kluster Jalan Corak di Tongod.


“Kerajaan negeri menerusi penguatkuasaan daripada agensi akan memperhebat usaha memastikan prosedur operasi standard dipatuhi selain meningkatkan proses vaksinasi untuk rakyat pada kadar lebih pantas,” katanya.

Post a Comment

أحدث أقدم