Lelaki Ditahan Bersama 80Kg Ketum untuk dihantar ke Ranau

Daun ketum seberat 80Kg ditemui dalam kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai menuju Ranau.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Lelaki ditahan rentas daerah bawa 80 kilogram daun ketum


Keningau: Seorang lelaki ditahan polis selepas didapati membawa 80 kilogram daun ketum dalam sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19 di Kilometer 7, Jalan Tambunan – Kota Kinabalu, semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, suspek berusia lingkungan 30-an terbabit yang memandu kereta pacuan empat roda dikatakan cuba melepasi sekatan jalan menggunakan surat kebenaran rentas daerah.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut yang dilakukan pasukan SJR akhirnya menemui kira-kira 10 bungkusan plastik hitam berisi daun berkenaan.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai perjalanan pulang ke Ranau selepas memperoleh bekalan daun ketum dari Tenom.

“Siasatan awal mendapati semua daun ketum berkenaan dipercayai akan diproses menjadi air ketum sebelum diedarkan di Ranau.

“Suspek dipercayai menjalankan kegiatan ini sejak awal tahun ini,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, suspek direman selama empat hari untuk membantu siasatan lanjut sebelum tindakan selanjutnya diambil.


Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1852 kerana memiliki daun ketum yang mengandungi Mitragynine yang boleh dihukum mengikut Seksyen 30(5) akta sama.


“Jila sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu, Shahrudin berkata, gejala penyalahgunaan ketum harus dipandang serius kerana ia mengandungi bahan alkaloid psikoaktif yang menyebabkan ketagihan.


Katanya, polis mengalu-alukan kerjasama serta maklumat daripada orang awam untuk sama-sama membanteras kegiatan penagihan daun berkenaan.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم