Lelaki meninggal dunia depan restoran Plaza 333 ada sejarah sakit jantung

POLIS memeriksa lokasi kejadian mangsa ditemukan terbaring di depan sebuah restoran. FOTO ihsan pembaca



Penampang: Lelaki yang ditemukan meninggal dunia di depan sebuah restoran di Pusat Komersial Plaza 333, di sini, hari ini, pernah menerima rawatan sebagai pesakit jantung.

Kejadian jam 10.50 pagi itu tular selepas orang ramai melihat lelaki berusia 67 tahun terbabit terbaring di depan restoran.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, pasukan perubatan tiba dan pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Katanya, hasil siasatan awal polis dan keterangan daripada anak mangsa yang berada di lokasi kejadian menyatakan bapanya pernah menerima rawatan sebagai pesakit jantung.

"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk bedah siasat dan saringan Covid-19.


MAYAT lelaki itu ditutup dengan kain putih
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan gambar mangsa di tempat kejadian demi menjaga sensitiviti keluarganya," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tengah hari tadi, tular gambar mangsa terbaring di depan sebuah restoran di Pusat Komersial Plaza 333.


Kejadian itu mengundang tanda tanya netizen hingga ada yang mengaitkan kejadian itu dengan jangkitan Covid-19.

Post a Comment

أحدث أقدم