Lumba haram, dua remaja maut motosikal bertembung di landasan Lapangan Terbang Lama Tawau

Kickbola.netKEADAAN motosikal mangsa yang dipercayai bertembung dari arah bertentangan. FOTO ihsan pembaca



Tawau: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan haram di landasan Lapangan Terbang Lama Tawau, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa berusia 16 dan 15 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kedua-dua motosikal bertembung dari arah bertentangan.

"Selain tidak memiliki lesen, ketika kejadian kedua-dua penunggang juga tidak memakai topi keledar dan mereka disyaki terbabit dalam aktiviti lumba haram," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Peter berkata, pihaknya sedang mengesan pemilik sebenar motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu kerana alamat pemilik berdaftar adalah di Semporna.


Katanya, ujian saringan Covid-19 mengesahkan seorang mangsa didapati positif virus itu.

"Sampel darah mereka diambil untuk dianalisa dan proses bedah siasat dijalankan bagi mengetahui punca kematian.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman menunjukkan kejadian kemalangan membabitkan dua motosikal dengan kedua-dua mangsa masing-masing terbaring di jalan.


Difahamkan, sebelum ini lokasi kejadian kerap digunakan untuk aktiviti dan penganjuran sukan permotoran.

Post a Comment

أحدث أقدم