Pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Majistret untuk melepaskan dan membebaskan Kasno daripada tuduhan itu tanpa memintanya membela diri. |
Pesuruhjaya Kehakiman Amelati Parnell pada Rabu, dalam menyampaikan keputusannya, menolak rayuan oleh pendakwaan dan mengesahkan keputusan Mahkamah Majistret dalam melepas dan membebaskan responden, Kasno Sani daripada tuduhan tersebut.
Pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Majistret untuk melepaskan dan membebaskan Kasno daripada tuduhan itu tanpa memintanya membela diri.
Pada 22 Oktober 2019, Kasno, 33, dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret daripada tuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan itu.
Kasno, yang merupakan pemandu lori ketika itu, dituduh memandu kenderaannya secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian bekas pemain bola keranjang kebangsaan Brunei, Chin Fen Mee, 54, isterinya Chen Chin Dji serta anak mereka, Bernie Chin Suk Ren, 17, pada pukul 1.50 petang 1 November 2017 di KM 14 Jalan Papar-Beaufort, di Papar.
Tuduhan itu membawa hukuman penjara antara dua dan 10 tahun, serta denda antara RM5,000 dan RM20,000, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Rozanna Abdul Hadi menjalankan pendakwaan sementara Kasno diwakili oleh Nelson Angang.
إرسال تعليق