Pemandu Teksi Rempuh Kenderaan Lain Di KKIA Alami Tekanan Mental, Kemurungan

Kickbola.netPemandu Teksi Rempuh Kenderaan Lain Di KKIA Alami Tekanan Mental, Kemurungan



KOTA KINABALU: Berang dengan tindakan pemandu teksi airport lain yang memotong barisan, seorang pemandu airport limo mengamuk lalu merempuh tiga kenderaan dekat sini, hari ini.

Dalam video tular dalam media sosial sejak tengah hari tadi, pemandu teksi yang merupakan seorang lelaki berusia 60an dilihat merempuh tiga kenderaan lain .

Pemandu itu kemudiannya turun dari teksinya lalu, terbaring berhampiran lokasi kejadian.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira 1 tengah hari tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).


Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

Pengguna media sosial membuat andaian bahawa kejadian itu berlaku ekoran kesempitan hidup akibat pandemik Covid-19.


Dalam satu rakaman video yang berdurasi hampir satu minit, orang ramai serta pemandu teksi airport limo yang berada di lokasi kejadian hanya mampu menyaksikan kejadian tersebut.

Superintendan George Abd Rakman


Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian untuk tindakan lanjut.

PEMANDU TEKSI AIRPORT MENGAMUK REMPUH TIGA KENDERAAN


Menurut saksi di tempat kejadian, pemandu teksi yang memandu lawan arus dan merempuh kenderaan-kenderaan lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) mengalami tekanan mental dan kemurungan.

Saksi yang berasal dari Sipitang itu menjelaskan bahawa insiden yang berlaku pada sekitar 1 petang itu membabitkan pemotongan barisan.

Khabarnya perselisihan faham antara dua pemandu disebabkan salah seorang darinya memotong giliran.

Situasi jadual penerbangan tiba dan berangkat yang amat sedikit mungkin salah satu faktor kalangan pemandu teksi terjejas pendapatan hingga menimbulkan tekanan dan mungkin juga disebabkan terlalu lama menunggu,kekurangan pelanggan.


Lalu, pemandu teksi hilang kawalan dan bertindak merempuh kenderaan-kenderaan lain.


Jelas wanita saksi berkenaan, pemandu teksi itu telah merempuh buat kali pertama dan pengsan seketika.


Selepas beberapa saat, pemandu teksi itu bangun dan merempuh kali kedua.

Pengsan selepas rempuhan pertama

Dirempuh kali kedua

Penjelasan saksi wanita

Saksi wanita itu menambah, pemandu teksi itu dipercayai mengalami kemurungan akibat keadaan pandemik Covid-19, di mana sumber pendapatan orang ramai telah putus.


Beliau meminta supaya orang ramai melihat kejadian ini dari sudut kemanusiaan dan bukannya pada permukaan sahaja, kerana kemurungan mampu membahayakan orang di sekeliling selain diri sendiri.


Untuk rekod, Kementerian Kesihatan Malaysia pernah melapor bahawa kes-kes tekanan mental dan kemurungan semakin meningkat sejak pandemik Covid-19 bermula.


Selain kes-kes membunuh diri yang meningkat, semakin ramai juga mengibar bendera putih dan bendera hitam sebagai tanda meminta bantuan.

Bendera putih menandakan keperluan bantuan manakala bendera hitam menandakan protes terhadap kerajaan hari ini.


Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin pada minggu lalu telah berkata orang ramai tidak mengibar bendera, kerana orang ramai akan dibantu.

Tambah Mahiaddin, dapur rumah orang ramai mungkin juga penuh dengan bantuan makanan dan sebagainya.


Post a Comment

أحدث أقدم