KOTA KINABALU - Hanya dua individu hadir pada Hartal Doktor Kontrak yang diadakan di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1), di sini setakat jam 12.30 tengah hari Isnin.
Dua wanita berusia lingkungan 20-an itu dipercayai pegawai perubatan bergerak dari lobi utama hospital dan menuju ke tempat parkir kenderaan sambil membawa plakad bertulis 'hkontrak' dan 'we are your future specialists'.
Kehadiran dua wanita itu hanya disedari petugas media pada jam 11.52 pagi selepas lebih sejam berkumpul di pekarangan HQE1.
Ketika ditanya pemberita berhubung kehadiran mereka adakah disusuli rakan yang lain, kedua-dua wanita itu menyatakan tidak pasti namun sehingga jam 12.30 tengah hari, tiada sebarang perhimpunan dibuat di hospital berkenaan.
Hartal Doktor Kontrak dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi Isnin membabitkan 24 hospital di seluruh negara termasuk di Sabah iaitu HQE1 dan Hospital Tawau sebagai protes kepada kerajaan berhubung tuntutan mereka sebelum ini.
2 wanita dipercayai pegawai perubatan berstatus kontrak hadir membawa plakad di pekarangan HQE1,KK |
Dr Abraham Hsieh Lih Xian |
"Secara peribadi, ketika Covid-19 kita perlu menumpukan kepada rawatan pesakit, dan isu membabitkan kontrak kami, saya percaya kerajaan boleh mendengar masalah dan keperluan kami doktor kontrak sekali gus mencari jalan penyelesaian," katanya.Perhimpunan seumpama itu tidak wajar diadakan ketika tenaga semua petugas kesihatan diperlukan untuk merawat pesakit.
Dr Abraham Hsieh Lih Xian,32
Doktor Kontrak
إرسال تعليق