Restoran kini boleh beroperasi sehingga 10 malam

Kickbola.netKebenaran itu diberikan berdasarkan SOP yang terkini dikeluarkan.



KOTA KINABALU: Pengusaha restoran di Sabah kini dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam setiap hari.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kebenaran itu diberikan berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang terkini dikeluarkan.

"Ia termasuklah cafe, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kioks.

"Bagaimanapun aktiviti sosial atau hiburan di premis makanan tidak dibenarkan kerana hanya dua orang dibenarkan duduk dalam satu meja," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, pemilik premis perlu pastikan hanya pelanggan yang berstatus risiko rendah melalui aplikasi My Sejahtera sahaja dibenarkan masuk.


Katanya, susun meja hendaklah dihadkan dalam ruangan premis sahaja dan hidangan perlu dihantar serta dihidangkan oleh kakitangan restoran di meja pelanggan.

"Hidangan bufet juga dibenarkan dengan syarat sarung tangan plastik jenis pakai buang disediakan kepada semua pelanggan.

"Bagaimanapun, kanak-kanak berumur dibawah 12 tahun masih dilarang untuk makan dalam restoran," katanya.

Selain itu katanya, stesen minyak termasuk kedai serbaneka di stesen berkenaan dibenarkan beroperasi dari 5 pagi sehingga 10 malam.

Post a Comment

أحدث أقدم