Kota Kinabalu: Penduduk Kampung Tanjung Aru Baru sekali lagi dikejutkan dengan tragedi kebakaran ketiga dalam tempoh tiga bulan apabila lebih 15 rumah musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, api yang dipercayai berkemungkinan disebabkan litar pintas dari salah sebuah rumah merebak berikutan kedudukannya yang rapat antara satu sama lain.
Dalam kejadian itu, lima kenderaan milik penghuni kampung berkenaan turut musnah selepas gagal diselamatkan.
Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan apabila semua penghuni sempat menyelamatkan diri.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dan Penampang dikerah ke lokasi kejadian sebelum tiba lima minit kemudian.
“Sebaik tiba di lokasi, api didapati sedang marak sehingga memusnahkan 15 rumah berstruktur kayu atas air.
“Pasukan bomba yang turut dibantu penduduk kampung berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak dan menyelamatkan sebahagian lagi rumah berdekatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran berkenaan.
Hamsa berkata, api dikawal pada 5.49 pagi dan operasi memadamkan saki baki api kebakaran masih berjalan.
إرسال تعليق