15 kes kematian di Sabah hari ini

Gambar Hiasan - Foto Facebook Abam Botak

KOTA KINABALU: Sebanyak 15 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu lima kes di Kota Kinabalu, empat kes di Penampang manakala Lahad Datu, Tawau, Beaufort, Beluran, Tenom dan Tuaran masing-masing mencatatkan satu kes kematian.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun yang mrmaklumkan ini berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 2,551, menjadikan jumlah kumulatif 114,929 orang.

“Seramai 4,896 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,539 orang di hospital, 3,298 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 51 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala lapan orang di fasiliti swasta,” kata Jurucakap Covid-19 Sabah itu dalam kenyataan media hari ini.


Katanya, bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 219 orang merangkumi 137 di ICU/repurposed kritikal care serta 82 di open war (HDW/kubikel akut) dan 81 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Sabah mencatatkan sebanyak 2,594 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 147,843 kes. - Warta Oriental


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.