3,487 kes baharu di Sabah hari ini, 16 daerah catat peningkatan kes

KES COVID-19 MENGIKUT DAERAH NEGERI SABAH, 26 OGOS 2021.



KOTA KINABALU: Kes harian di Sabah naik semula hari ini ke 3,487, tambahan sebanyak 264 kes berbanding kelmarin (3,224).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes di Kota Kinabalu susut sedikit ke 609 (-21), manakala Penampang terdapat sebanyak 450 kes baharu (+37), Sandakan 367 kes (+122), Kinabatangan 249 (+196), Tawau 215 (+26), Papar 185 (-134), Tuaran 183 (-165), Keningau 128 (+8), Lahad 3Datu 122 (-20) dan Telupid 111 (+86).

“Daripada 3,487 kes baharu hari ini, 1,550 (44.5%) adalah kes-kes yang lewat daftar antara 2-3 hari, 294 kes (8.4%) antara 4-5 hari dan 315 kes (9%) melebihi 5 hari.

“2,846 kes melibatkan warganegara dan 641 adalah warga asing,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Katanya, walaupun majoriti pesakit (2,240) adalah mereka dalam lingkungan umur 18-59 tahun tetapi terdapat juga jangkitan dikalangan kanak-kanak, di mana 31 kes melibatkan bayi yang berumur kurang daripada 1 tahun dan 297 adalah kanak-kanak yang berumur antara 1 hingga 5 tahun.

“1,992 (57%) orang adalah melalui saringan kontak rapat, 856 (25%) melalui saringan bergejala dan 263 (7.5%) adalah kes-kes daripada kluster yang sedia ada,” tambahnya.

Setakat semalam (25/8), 33.8% penduduk dewasa Sabah telahpun melengkapkan pengambilan dua dos vaksin dan 54.5% telah diberi satu dos vaksin.

Jumlah kes mengikut daerah:

Kota Kinabalu 609 (630)
Penampang 450 (413)
Sandakan 367 (245)
Kinabatangan 249 (53)
Tawau 215 (189)
Papar 185 (319)
Tuaran 183 (348)
Keningau 128 (120)
Lahad Datu 122 (102)
Telupid 111 (25)
Putatan 96 (94)
Beluran 79 ( 40)
Kalabakan 75 (22)
Kota Belud 74 ( 128)
Kota Marudu 72 (88)
Kudat 68 (25)
Tongod 66 (54)
Beaufort 53 (55)
Tenom 50 (17)
Ranau 49 ( 58)
Nabawan 49 (24)
Pitas 49 (52)
Kunak 48 (11)
Tambunan 24 (8)
Sipitang 12 (82)
Semporna 9 (9)
Kuala Penyu 5 (13)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin – 25/08)


Kluster Baharu
Kluster Hamparan 2
Kinabatangan 21(+20)

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.