PKPD di 3 lokaliti di Sabah mulai 28 Ogos

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di 10 lokaliti di Sabah selama 14 hari, bermula lusa hingga 10 September.



Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata 3 lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 28 Ogos hingga 10 September ini.

Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD bermula 28 Ogos hingga 10 September seperti berikut:

a) Kampung Sungai Imam, Tawau.

b) Kampung Kapakaan, Keningau.

c) Kampung Paris 3, Kinabatangan.

Lanjutan PKPD 28 Ogos hingga 10 Sept

Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu.


Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad

Penamatan PKPD 27 Ogos

a) Kampung Gambaron 2, Telupid.

b) 2 Lokaliti melibatkan Kilang dan Kuarters pekerja Bumi Timber Sdn Bhd Batu 27 Jalan Sook dan Perusahaan Kuarters pekerja Kosinar Sdn Bhd Batu 28 Jalan Sook, Keningau.

c) Kampung Pengiran, Sipitang.

d) Kampung Wokok Kinuta, Kota Belud.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.