41 kes kematian disebabkan COVID-19 di Sabah hari ini

Foto fail AFP untuk tujuan ilustrasi sahaja



KOTA KINABALU: Jumlah kematian disebabkan COVID-19 di Sabah dilihat semakin membimbangkan apabila merekodkan sejumlah 41 kes hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, 19 kes kematian dilaporkan di Kota Kinabalu, lima kes di Sandakan, empat kes di Tuaran, Penampang dan Keningau masing-masing mencatatkan tiga kes.

"Sementara itu, Beaufort, Lahad Datu dan Kalabakan masing-masing mencatatkan dua kes dan satu kes di Tenom.

"Jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 3,010 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 137,527 kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, daripada 3,010 kes baharu hari ini, 1,206 kes atau 40 peratus adalah kes positif yang lewat didaftar antara dua sehingga tiga hari.

Katanya, 213 kes atau 7.1 peratus adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara empat sehingga lima hari dan 482 kes adalah kes daftar lewat melebihi lima hari.

"Sejumlah 2,943 pesakit dengan pecahan sebanyak 759 kes daripada Kategori 1 dan sebanyak 2,184 kes daripada Kategori 2, lapan pesakit dalam Kategori 3, satu pesakit dalam Kategori 4 dan 15 pesakit dalam kategori 5, 43 kes masih dalam siasatan lanjut.

"Setakat semalam (26 Ogos 2021) menurut statistik PICK Negeri Sabah1,546,009 penduduk dewasa Sabah telah memperolehi satu dos dan 977,607 penduduk telah pun melengkapkan pengambilan kedua dua dos," katanya.

Menurutnya, tiada kluster baharu direkodkan hari ini, bagaimanapun rakyat terus diminta untuk mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.