“Ada Jodoh, Sekarang Juga Aku Kahwin” – Adam Sedia Nikah Kali Ke-3

Sepi dari pentas dunia glamor disamping kegagalan dua kali dalam mendirikan rumah tangga dengan wanita yang sama, pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Adam sentiasa berdoa untuk kembali mengecap kebahagiaan bersama insan yang bergelar isteri.



Sepi dari pentas dunia glamor disamping kegagalan dua kali dalam mendirikan rumah tangga dengan wanita yang sama, pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Adam sentiasa berdoa untuk kembali mengecap kebahagiaan bersama insan yang bergelar isteri.

Enggan menyentuh hal berkaitan dua perkahwinan terdahulu kerana khuatir akan mengaibkan sesiapa, pemilik nama penuh Mohd Aizam Mat Saman itu sebaliknya memberitahu dia tidak mengambil pusing dengan status duda yang digalas dua kali dalam kehidupan peribadinya.

Ditanya tentang soal jodoh, Adam tidak keberatan untuk menjawab bahawa dia sudah bersedia untuk berkahwin buat kali ketiga.

“Cuma masalahnya sekarang ini, saya sibuk membina kerjaya baharu sebagai jururunding perniagaan yang diceburi. Pun begitu, saya tidak mengelak daripada ketentuan Ilahi. Jika ditakdirkan jodoh itu berada di depan mata dan hati kedua-duanya saling berkenan, saya segera akan masuk meminang,” akuinya ketika ditemu bual Boom! baru-baru ini.

Sementara itu, menjelaskan perkembangan baharu karier seninya, Adam akan membantu menghidupkan kembali kumpulan nyanyian yang pernah dianggotainya suatu ketika dahulu iaitu VIP.

Masih lagi menjalankan kerjasama dengan syarikat KRU Music yang bertindak selaku label rakaman, Adam dijangka memperkenalkan barisan anggota VIP sebaik pandemik Covid-19 reda dan syarat-syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan bagi memudahkan urusan kerja promosi dan pemasaran diteruskan.

“Buat masa ini, saya hanya boleh sahkan bahawa VIP bakal menampilkan muka-muka baharu. Ironinya, saya bukan salah seorang yang akan menganggotai kumpulan itu, tetapi bertindak sebagai penasihat sahaja.”

Menurut Adam, VIP secara asasnya ditubuhkan oleh Edry Abdul Halim dan beliau. Mereka berdua sepakat untuk kekalkan nama kumpulan tersebut biarpun tampil dengan barisan anggota baharu. “Anggota kumpulan sentiasa boleh ditukar ibarat pasukan bolasepak” ujar Adam yang turut menguar-uarkan bahawa kerjaya solonya selaku penyanyi masih diteruskan. Bagi mengetahui cerita-cerita lain yang dikongsi oleh Adam, tonton rakaman penuh video temu bual yang telah disediakan Boom!

Post a Comment

أحدث أقدم