TERBAKAR: Kebakaran yang memusnahkan 90 peratus bot mewah yang berlabuh di perairan perairan Kampung Torong Logong, Pulau Gaya. |
KOTA KINABALU: Penduduk di sekitar Pulau Gaya panik sebaik melihat sebuah bot mewah yang menawarkan aktiviti percutian terbakar di perairan Pulau terbabit di sini semalam.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu semasa dihubungi berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 pagi.
“Semasa kejadian bot mewah itu sedang berlabuh di perairan perairan Kampung Torong Logong, Pulau Gaya.
“Penduduk berhampiran kemudiannya melihat api dan asap tebal dari bot terbabit yang boleh dilihat dari Pusat Bandar di sini sebelum bertindak membantu memadam kebakaran.
“Kejadian kemudiannya dilaporkan kepada pihak bomba untuk tindakan lanjut,” katanya.
Bot mewah tawar aktiviti percutian musnah dalam kebakaran di Pulau Gaya |
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, operasi pemadaman segera dijalankan dan api berjaya dikawal pada jam 10.37 pagi.
"Kebakaran ini membabitkan hampir 90 peratus daripada bot berkenaan dan setakat ini tiada mangsa dilaporkan terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, setakat ini, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Bahagian Forensik Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM).
إرسال تعليق