Kesalahan membawa penumpang berlebihan paling tinggi dikompaun di Sabah

Membawa penumpang berlebihan adalah kesalahan paling tinggi yang dicatatkan dalam keseluruhan 16 kesalahan dikompaun kelmarin.



KOTA KINABALU: Membawa penumpang berlebihan adalah kesalahan paling tinggi yang dicatatkan dalam keseluruhan 16 kesalahan dikompaun kelmarin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam kenyataan harian COVID-19 berkata kesalahan itu direkodkan dalam pemeriksaan 191 Sekatan Jalan Raya (SJR) seluruh Sabah pada Selasa.

“Kesemua SJR terbabit berjaya membuat pemeriksaan sebanyak 38,605 kenderaan dan daripada jumlah tersebut, 404 kenderaan diarah berpatah balik.

“16 kompaun yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 berjaya dikeluarkan di seluruh Sabah dan daripada jumlah itu tujuh kesalahan membawa penumpang paling tinggi direkodkan diikuti lima individu tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tiga yang lain adalah kesalahan melanggar arahan pergerakan keluar dari kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala seorang lagi gagal mendaftar masuk ke dalam premis,” katanya.

Beliau berkata penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) membabitkan 84 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 68 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dibuat dalam kesemua operasi berkenaan.

Tambahnya Pihak Berkuasa Tempatan turut melaksanakan pemeriksaan di 1,316 premis perniagaan serta penjaja dan satu notis dikeluarkan di daerah Kudat bagi kesalahan yang menyalahi undang-undang.

“Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) juga menjalankan pematuhan SOP terhadap 153 premis perniagaan serta 456 individu di 18 kawasan dan empat individu gagal mendaftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera atau Buku Pendaftaran dikompaun.

“Satu notis amaran turut diberikan kepada permis perniagaan yang tidak mematuhi SOP hasil rondaan Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) dan Rondaan Pemantauan Pematuhan SOP Peringkat Komuniti oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di 429 Premis Perniagaan melibatkan 195 anggota APM,” katanya.

Beliau berkata untuk tempoh sama, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah juga berjaya melaksanakan prosed sanitasi awam di 26 premis, melibatkan 14 buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP).

Post a Comment

أحدث أقدم