Pembantu klinik wanita punca kluster baharu di Mukim Sukau, Kinabatangan

Pembantu klinik wanita punca kluster baharu di Kinabatangan hari ini



KOTA KINABALU: Kluster baharu hari ini, Kluster Hamparan 2 – Kinabatangan merupakan kluster jenis tempat kerja yang berlaku di sebuah ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks adalah pembantu klinik, wanita, 24, di ladang tersebut yang disahkan positif Covid-19 dengan keputusan positif dengan grading 100% (RTK-Ag) pada 18 Ogos 2021, setelah bergejala sejak 12 Ogos 2021.

Kes indeks telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya, katanya dalam kenyataan media hari ini.

“Daripada 77 kontak yang disaring, terdapat 20 lagi kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut dijangkiti Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 21 kes,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Menurutnya, siasatan, persampelan Covid-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain. - Warta Oriental

Post a Comment

أحدث أقدم