650 di Pulau Mantanani penerima pertama vaksin CanSino |
TAWAU: Penduduk Pulau Sebatik diminta untuk segera mendapatkan suntikan vaksin jenis CanSino yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di Pulau tersebut sejak Khamis lalu.
Vaksin satu dos itu adalah kemudahan yang diberikan oleh KKM kepada penduduk yang tinggal jauh dari pusat bandar khasnya di kawasan pedalaman termasuk penduduk di pulau.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir berkata penduduk Pulau Sebatik antara terawal menerima suntikan vaksin jenis CanSino di negeri ini.
“Sejak kelmarin sebanyak 851 dos vaksin CanSino telah diberikan membabitkan penduduk di Kampung Sungai Pukul (281), Bergosong (369) dan Serudong Laut (201).
“Seramai 4,000 penduduk di Pulau Sebatik layak divaksin dan saya berharap mereka akan mengambil peluang yang ada sekarang untuk menerima suntikan itu,” katanya.
LAWAT: Hassan ketika melawat PPV Dewan Sri Tamang, Kampung Tamang, Pulau Sebatik, di sini kelmarin. |
Menurutnya, pihaknya yakin Pulau Sebatik akan mendapatkan imuniti kelompok sebelum bulan Oktober depan.
“Saya melihat sambutan vaksinasi di Pulau Sebatik sangat menggalakkan dan sasaran di setiap PPV mencapai tahap memuaskan.
“Sebelum ini, kita risau sebab ramai penduduk di sini terpengaruh dengan berita tidak betul mengenai vaksin COVID-19.
“Namun, dengan bantuan semua pihak termasuk KKM, Jabatan Penerangan Tawau dan semua agensi, akhirnya mereka semakin positif untuk menerima vaksin,” katanya.
ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir |
“Kami akan mengesan semua penduduk yang belum menerima vaksin dan program bersama KKM ini akan sentiasa diteruskan sehingga imuniti kelompok dapat dicapai,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Tawau, Dr Nurshazrah Najwa Zaini berkata pihaknya sasarkan sebanyak lebih 1,000 dos vaksin jenis CanSino diberikan di Pulau Sebatik kali ini.
Katanya, selain vaksin CanSino pihaknya juga menyediakan vaksin jenis Pfizer khas untuk ibu mengandung.
“Saya melihat kejayaan pemberian vaksin yang dibuat di Pulau Sebatik adalah satu pencapaian yang bagus dan memberangsangkan.
“Saya berharap program vaksinasi di Pulau Sebatik berjalan lancar dengan bantuan pelbagai pihak termasuklah para sukarelawan dan ketua masyarakat di sini,” katanya.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa dan Pegawai Penerangan Tawau, Azuary Abdul Azis. - Utusan Borneo
إرسال تعليق