PKPD di 2 lokaliti di Sabah mulai 1 September

Admin
By -
0
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di 2 lokaliti di Sabah selama 14 hari, bermula lusa hingga 14 September.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata 2 lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 1 September hingga 14 September ini.

Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.


Pelaksanaan PKPD bermula 1 September hingga 14 September seperti berikut:

a) Kampung Lotong, Kota Marudu.

b) Kampung Penangah, Tongod.

Lanjutan PKPD 1 hingga 14 September

Kampung Hidayat, Batu 4, Tawau


Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad

Penamatan PKPD 31 Ogos

a) Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik, Tawau

b) Kampung Sri Aman, Batu 3 1/2, Jalan Apas, Tawau

c) Taman Semarak Jaya, Tawau

d) Lorong Damai, Jalan Damai, Tawau

e) Lorong Haji Marzuki Jalan Damai, Tawau

f) Kampung Kuala Abai, Kota Belud.





إرسال تعليق

0تعليقات

إرسال تعليق (0)