PKPD di 9 lokaliti di Sabah mulai 9 ogos

PKPD akan dilaksanakan di 9 lokaliti di Sabah.



PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 9 lokaliti di Sabah mulai 9 hingga 22 Ogos ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Hishammuddin Hussein berkata, ia membabitkan 9 lokaliti di Sabah.

Pelaksanaan PKPD di Sabah bermula 9 hingga 22 Ogos seperti berikut:

4 Lokaliti di Taman Semarak Indah, Taman Semarak Jaya, Flat Sri Semarak dan Taman Sejati di Tawau

2 Lokaliti di Kampung Koidupan dan Kampung Guunsing-Novunsu di Penampang

Kampung Marau di Sipitang

Kampung Baru Kimanis di Papar

Kampung Tanjong Kapor di Kudat


PKPD akan dilaksanakan di 9 lokaliti di Sabah . (Gambar AP)

Penamatan PKPD pada 8 Ogos

Kampung Lajau dan Kampung Kota Klias di Beaufort

Kampung Tungkang di Kudat

Perumahan Ladang Kim Loong di Beluran

Kampung Telisai, Tungku di Lahad Datu

Taman Jaya Diri di Kota Kinabalu

Kampung Pituru Kinarut di Papar


Sementara itu, Hishammuddin berkata, 282 orang ditahan kerana mengingkari SOP semalam, dengan 261 daripadanya dikompaun dan 21 lagi direman.

Katanya, tiada pendatang asing tanpa izin ditahan dan tiga kenderaan darat dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.