Polis Kesan Empat Individu Bawa Plakad #Lawan Depan PPNS |
KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan empat individu yang dipercayai menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan” pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, empat individu itu didapati bergambar di depan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) pada 1.30 petang dengan membawa plakad ‘Lawan! Pemerintah Ketawa, Rakyat Sengsara!!!’.
Berdasarkan maklumat saksi, mereka melihat empat individu yang dipercayai penyokong Borneo Komrad berada di depan PPNS selama 10 minit untuk bergambar dan kemudian beredar.
“Pasukan pemantau gagal menemui individu ini namun, kami sedang mengesan mereka berdasarkan nombor kenderaan yang kita perolehi untuk tindakan susulan,” katanya ketika ditemui selepas Op Patuh hari ini.
Bagaimanapun sehingga kini, belum ada sebarang perkembangan mengenai kes ini. Kita percaya mereka ini hanya penyokong dan tujuan mereka hanya ingin bergambar dan memaparkan plakad ini dalam media sosial sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’.
Gerakan demonstrasi di Sabah kali ini tidak mendapat sokongan ramai.
Keempat-empat individu ini dikesan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).
إرسال تعليق