Sabah kekal catat kes harian tertinggi

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun



KOTA KINABALU: Jumlah kes harian di Sabah kelmarin terus bertambah iaitu 1,752 kes baharu dengan peningkatan 98 kes berbanding 1,654 kes pada 13 Ogos 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu merekodkan tambahan kes baharu yang paling tinggi iaitu 85 kes daripada 351 kes kepada 436 kes kelmarin.

"Tawau 261 kes (+51), Penampang 228 kes (+28), Sandakan 113 kes (-3), Tuaran 111 kes (+10), Keningau 100 kes (kekal), Papar 69 kes (-32), Kota Belud 55 kes (-52) dan Beaufort 54 kes (+25).

"Lahad Datu 43 kes (+7), Putatan 40 kes (+15), Sipitang 36 kes (+3), Beluran 33 kes (+5), Tambunan 16 kes (+14), Kudat 18 kes (-12) dan Ranau enam kes (-21)," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, saringan Kontak Rapat terus menjadi penyumbang utama kepada jumlah kes baharu, iaitu 1,063 kes dan Saringan Bergejala 538 kes.


Katanya, di Kota Kinabalu 144 kes daripada 436 kes baharu adalah melalui Saringan Bergejala, 40 kes 111 kes di Tuaran, 71 kes daripada 228 di Penampang, 49 kes daripada 113 kes di Sandakan dan 49 kes daripada 261 kes di Tawau.
"Jumlah kes melalui Saringan Bergejala yang tinggi adalah satu peringatan kepada masyarakat untuk terus mematuhi sepenuhnya SOP yang sedang dikuatkuasakan semasa berada di khalayak ramai khususnya di tempat-tempat tertutup seperti pasaraya dan restoran.

"Ini juga salah satu sebab mengapa perlunya pekerja dan pelanggan di pasaraya dan restoran untuk lengkap dua dos vaksin (sebulan daripada sekarang) bagi mengurangkan risiko jangkitan sporadik di tempat-tempat yang lazim dikunjungi oleh ramai orang," katanya.

Masidi berkata, pesakit baharu dalam Kategori 2 terus menjadi kumpulan yang terbanyak iaitu 972 kes daripada 1,752 kes.

Menurutnya, trend itu sejajar dengan peningkatan kes baharu melalui Saringan Bergejala. 376 kes adalah pesakit Kategori 1, 10 kes dalam Kategori 3, enam kes dalam Kategori 4 dan tiga kes dalam Kategori 5.

Post a Comment

أحدث أقدم