400 Penghuni Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Kota Kinabalu merusuh

Tidak puas hati kerana proses penghantaran balik ke negara asal tertangguh, hampir 400 penghuni Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Kota Kinabalu merusuh, hari ini.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Rusuhan Kecil di Depoh Tahanan Imigresen Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Hampir 400 penghuni Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Kota Kinabalu merusuh selepas tidak puas hati proses penghantaran balik ke negara asal tertangguh di sini semalam.


Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Sabah (Operasi) Masri Adul berkata kejadian jam 6.30 pagi itu bagaimanapun hanya meloloskan diri dari lokap namun tidak berjaya melepasi pagar lokap berkenaan.

“Hasil siasatan di DTI itu mendapati kejadian merusuh itu bermula di bahagian blok yang menempatkan tahanan wanita berikutan tahanan wanita mengalami tekanan dan meminta agar mereka segera dihantar balik ke negara asal.

Picture
RUNDINGAN: Masri dan Zaidi semasa melakukan rundingan kepada penghuni pusat.

"Provokasi itu kemudiannya didengari di bahagian blok tahanan lelaki yang terletak berhadapan blok wanita sebelum tercetusnya rusuhan kecil,” katanya semasa dihubungi semalam.

Menurutnya rusuhan itu menyebabkan tahanan di tiga blok lelaki bertindak merosakkan kunci mangga pintu lokap sebelum keluar ke kawasan lokap.


“Sebaik menyedari kejadian, pihak DTI segera memaklumkan kepada pihak polis serta ibu pejabat imigresen negeri bagi mendapatkan bantuan.

“Bertindak dengan kejadian seramai 70 anggota dan pegawai serta 40 anggota bahagian penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dikerah ke lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata rusuhan kecil itu akhirnya berjaya dikawal melalui rundingan yang dijalankan oleh beliau sendiri bersama Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah.

Picture
Timbalan Pengarah Imigresen Sabah (Operasi) Masri Adul berunding dengan tahanan yang mencetuskan ‘rusuhan kecil’ di Depoh Tahanan Imigresen Kota Kinabalu, hari ini.

"Dalam rundingan itu, kami menerangkan secara lanjut kepada penghuni pusat berkenaan mengenai situasi sebenar berhubung proses penghantaran semula yang terpaksa ditangguhkan.

"Kita menjelaskan penghantaran balik itu ditangguhkan atas permintaan pihak Kedutaan Filipina sendiri disebabkan beberapa perkara termasuk berkaitan penularan pandemik Covid-19.


“Rundingan mengambil masa hampir sejam sebelum semua tahanan terbabit setuju dan kembali ke lokap masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Masri berkata, pasukan polis akan menempatkan seramai 30 anggota di DTI ini untuk tempoh beberapa hari bagi memantau keadaan di sini.

"Tiada sebarang kerosakan yang berlaku dalam insiden ini dan pemantauan juga akan dijalankan dari semasa ke semasa," katanya.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم