41.195kg lagi dadah syabu bernilai lebih RM1.4 juta dirampas di Tawau

RAMPAS: Sebahagian dadah syabu yang dirampas di syarikat pengangkutan di Jalan Sin Onn, Khamis lalu.

Rampasan itu susulan tangkapan seorang lelaki tempatan berumur 49 tahun yang membawa 303.155kg dadah syabu di Batu Payung, di sini pada Isnin lepas.

TAWAU: Polis sekali lagi berjaya merampas lebih 40 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM1,483.000 hasil serbuan di sebuah syarikat pengangkutan di Jalan Sin Onn, di sini pada Khamis lalu.


Rampasan itu susulan tangkapan seorang lelaki tempatan berumur 49 tahun yang membawa 303.155kg dadah syabu di Batu Payung, di sini pada Isnin lepas.

RAMPAS: Sebahagian dadah syabu yang dirampas di syarikat pengangkutan di Jalan Sin Onn, Khamis lalu.
Rampasan dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah hari oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sabah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata kesemua syabu yang dirampas itu hasil maklumat dan pandu arah suspek terbabit.

“Sebaik mendapat maklumat tersebut, pasukan polis menjalankan serbuan ke atas sebuah syarikat pengangkutan yang disyaki tempat menyimpan saki baki dadah yang dirampas baru-baru ini.


“Hasil pemeriksaan, polis menemukan enam kotak yang mengandungi 13 bungkusan plastik berisi disyaki dadah jenis syabu seberat 41.195kg di dalam sebuah kontena.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan pada masa tersebut,”katanya dalam kenyataan medianya, di sini hari ini.

Terdahulu, sebelum ini, polis berjaya merampas dadah jenis syabu yang disifatkan terbesar dalam sejarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah dalam sidang mediannya baru-baru ini berkata, rampasan itu kejayaan terbesar PDRM Sabah melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di daerah ini.

Sementara itu, beliau menjelaskan pihaknya akan menyiasat secara terperinci sindiket penyeludupan dadah di negeri ini khususnya di Tawau.


Suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari dari tarikh ditangkap sehingga 15 September depan.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952, suspek boleh dihukum mati mandatori.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.