Ong Kim Swee sah ketua jurulatih Sabah FC

Ong Kim Swee tunjuk insyarat 'bagus' disamping Presiden SAFA, Bung Moktar dan Pengarah Teknikal Sabah FC, Scott Ollerenshaw

Sabah FC hari ini mengumumkan secara rasmi bekas ketua jurulatih skuad bola sepak negara, Ong Kim Swee menyertai pasukannya sebagai ketua jurulatih.


Sabah FC dalam satu kenyataan malam ini menyatakan Kim Swee, 50, yang melepaskan jawatannya sebagai pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menyertai pasukan itu, ditawarkan jawatan berkenaan atas pengalaman luasnya di pelbagai peringkat.



“Dengan pengalaman luasnya sebagai pemain dan jurulatih di pelbagai peringkat, beliau dilihat sebagai calon terbaik bagi mengisi jawatan yang sebelum ini disandang Kurniawan Dwi Yulianto,” menurut kenyataan itu.


Pada 29 Ogos lepas Kurniawan direhatkan skuad 'The Rhinos', berikutan kemerosotan prestasi pasukan itu terutama dalam saingan Liga Super.

Manakala FAM mengumumkan peletakan jawatan Kim Swee sebagai pengarah teknikalnya, selepas mencapai persetujuan bersama untuk melepaskan beliau ke jawatan baharunya itu berkuat kuasa 1 Okt.

Kim Swee yang pernah beraksi sebagai pemain tengah Melaka, Sarawak dan Sabah pada era 90-an itu, sebelum ini juga pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia.

Beliau juga pernah membawa skuad B-23 kebangsaan meraih pingat emas Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia, disusuli pingat perak Sukan SEA 2017 di laman sendiri.


Selain itu, beliau turut mengemudi pasukan muda negara melakar sejarah mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China dan layak ke peringkat kalah mati Sukan Asia 2018 di Indonesia.

-Bernama

SOURCE: RED BULL

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.