Antara kawasan yang terjejas akibat banjir kilat di sekitar Kota Kinabalu. |
KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di Bandaraya Kota Kinabalu dan sekitarnya dilanda banjir kilat selepas hujan lebat berterusan bermula petang kelmarin.
Antara kawasan yang terjejas termasuklah Telipok, Inanam, Likas, Sepanggar berdekatan Indah Permai, Kolombong, laluan berhampiran Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan paling teruk banjir kilat ini turut melanda kawasan perumahan penduduk serta pusat komersial sekitar ibu negeri.
Antara kawasan yang terjejas akibat banjir kilat di sekitar Kota Kinabalu. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sabah termasuk pedalaman di Kuala Penyu serta Beaufort.
Amaran sehingga jam 10 pagi itu juga turut diberikan kepada kawasan pantai barat termasuk Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran serta Labuan.
“Kejadian ini sudah kerap kali berlaku, dalam tahun ini sudah empat kali kawasan kampung kami dilanda banjir masing-masing Januari, Jun, Ogos dan hari ini.
Antara kawasan yang terjejas akibat banjir kilat di sekitar Kota Kinabalu. |
Tambahnya situasi semasa pandemik COVID-19 turut menyukarkan mereka untuk mengganti barangan yang mengalami kerosakan kerana tidak mudah untuk mendapatkan sumber kewangan pada masa ini.
Oleh itu beliau meminta kepada pihak berwajib agar membantu menyelesaikan serta meringankan masalah yang dihadapi dengan meneliti kepada fasiliti serta keadaan pengaliran perparitan di sekitar kawasan ini agar kejadian seumpama tidak berlaku pada masa hadapan.
إرسال تعليق