Dokumen Mangsa Myvi Ditemukan Kg Pomotodon, Inanam

Operasi mencari mangsa Myvi hanyut sedang diteruskan di Jambatan Taipan Inanam. Foto FB Muhd Sawal

KOTA KINABALU: Dokumen dipercayai milik mangsa yang hilang dalam kejadian sebuah Perodua Myvi dihanyutkan arus deras di Jalan Kionsom Lama, Inanam dekat sini, ditemukan semalam.


Ia ditemukan tersangkut di reban ayam pada 3.30 petang berhampiran Kampung Pomotodon oleh penduduk kampung.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, sebaik menerima maklumat awam, pasukan operasi terus ke lokasi untuk pemeriksaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi. Foto Deasoka
Operasi mencari mangsa Myvi hanyut sedang diteruskan di Jambatan Taipan Inanam. Foto FB Muhd Sawal
“Pasukan mencari dan menyelamat terus menjalankan operasi di sekitar kawasan penemuan itu namun masih gagal menemui mangsa.


“Anggota bomba meneruskan lagi operasi pada hari ketiga di sepanjang Sungai Kionsom bagi mengesan petunjuk atau mangsa,” katanya ketika ditemui selepas memberi taklimat kepada anggotanya sebelum memulakan operasi hari ini.

Agustavia berkata, pencarian masih menggunakan tiga kaedah iaitu pencarian atas permukaan air, pencarian tebing sungai menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) dan selaman.


Dalam kejadian pada petang Jumaat lalu, Simon Sange Tupe, 68, dan Juning Maturun, 37, yang menaiki kenderaan terbabit hanyut ke sungai ketika cuba melalui jambatan.

Juning kemudiannya ditemui terperangkap dalam kenderaan terbabit pagi semalam. – HMetro

Kongsikan artikel ini:


***Jangan lupa langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

أحدث أقدم