Hanya lihat batu nisan, sedih tak sempat minta ampun

Picture
Ibunya meninggal dunia akibat kerosakan buah pinggang di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE l) di sini, pada 6 Jun lalu.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Bekas banduan terduduk dapat tahu ibu, kakak meninggal dunia

Kota Kinabalu: Keterujaan seorang pemuda, Roslan Amir untuk kembali ke pangkuan keluarga selepas enam bulan berada dalam tahanan bertukar duka apabila ibu tercinta, Aping Uddin, meninggal dunia sebelum sempat menyambut kepulangannya.

@heraalex86

##alhamdulillah 🤲😭

♬ Alhamdulillah - Opick & Amanda

Aping, 68, meninggal dunia akibat kerosakan buah pinggang di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE l) di sini, pada 6 Jun lalu.


Kisah Roslan, 22, atau mesra disapa sebagai Tallee itu mendapat perhatian netizen selepas kakaknya, Hera Elestra Alex, 35, memuat naik rakaman video di TikTok.

@heraalex86

##kita kena redha adik... Kakak dah maafkan adik😢 maafkan kami xbgtau adik masa dalam penjara🙏 lagi2 pkp,keadaan xmenginzan...😢

♬ Shollallahu Ala Muhammad Cover By Abi Rafdi - TIC.IHSAN YR ♏usicall𝜓

Menerusi rakaman video itu, kelihatan Roslan menangis sambil memegang batu nisan di pusara ibunya yang disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sempelang, Kampung Sembulan, Tanjung Aru di sini.


Selain itu, Roslan turut dibawa menziarahi pusara kakaknya, Siti Alnida@Arning, 49, yang meninggal dunia pada 9 September lalu di HQE ll.

@heraalex86

##rindu yg paling berat 😭 kesian adek,nda sempat tgok mak pergi 😭

♬ Bila Tiba - UNGU

Bercerita lanjut, Roslan berkata, dia terpisah dengan arwah ibu dan keluarganya sejak dimasukkan ke Pusat Tahanan Penjara Kepayan di sini, pada 28 April lalu atas satu kesalahan jenayah yang enggan dikongsikannya.

@heraalex86

##selepas 6bulan dpenjara, harini dia bebas trus bawa jumpa mak 😭😭

♬ Ya Allah - Wali

Menurutnya, dia menghitung detik setiap hari untuk keluar daripada tahanan dan bersyukur apabila dibebaskan kelmarin.

"Sebaik dibebaskan, kakak bawa saya ke tanah perkuburan.

"Pada mulanya, saya tidak tahu apa tujuan dibawa ke situ dan ingatkan untuk ziarah kubur datuk rupanya pusara emak serta kakak yang sudah meninggal dunia.

"Sedih sangat kerana saya rapat dengan emak dan tak sangka emak pergi dahulu meninggalkan saya, malah tidak tahu langsung mengenai pemergiannya sehingga sampai di pusaranya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Menurut Roslan, lebih menyedihkannya apabila tidak dapat menatap wajah ibunya buat kali terakhir.

"Siang malam, saya rindukan emak dan keluarga sepanjang berada dalam tahanan.

"Saya juga selalu doakan mereka malah emak pernah hadir dalam mimpi saya dengan wajah tersenyum.

"Jujurnya, saya memang tidak sabar keluar daripada tahanan untuk salam, cium tangan dan peluk emak puas-puas.

"Bagaimanapun, yang dapat saya lihat hanya batu nisan dan sedihnya kerana tidak dapat meminta ampun dengan emak buat kali terakhir," katanya.

Roslan mengakui berat untuknya menerima ujian itu.

"Tak sangka saya diuji sebegini namun akur kerana perancangan Allah lebih baik.

"Sebelum masuk ke tahanan, emak sempat berpesan kepada saya supaya tidak tinggalkan solat dan banyakkan mengaji. Saya akan ingat pesanan terakhir itu sampai bila-bila," katanya.


Sementara itu, kakaknya, Hera Elestra berkata, dia sekeluarga merahsiakan pemergian ibunya daripada Roslan kerana enggan emosi adiknya itu terganggu ketika berada dalam tahanan.

"Adik dibebaskan pada 4.30 petang kelmarin dan sebaik keluar, saya terus membawanya ke pusara emak dan kakak.

"Berat untuk saya beritahu perkara sebenar namun terpaksa lakukannya walaupun sudah menduga dia akan sedih.

"Ikutkan, emak memang sudah lama sakit cuma penyakitnya semakin serius sejak tiga tahun lalu dan ditakdirkan meninggal dunia ketika adik dalam tahanan," katanya.

Menurut Hera Elestra, dia memuat naik video itu di TikTok sebagai kenangannya dan tak sangka ia tular, walaupun segelintir netizen melemparkan kata-kata negatif, ada juga menghantar mesej kepada saya untuk mengucapkan terima kasih kerana mengingatkan mereka dengan ibu.

"Saya bersyukur jika perkongsian itu dapat menjadi asbab kepada mereka yang menonton untuk menghargai ibu yang masih ada," katanya.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم