Idris dilantik Pesuruhjaya Polis Sabah baharu

Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di Kota Kinabalu dengan disaksikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Idris Abdullah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah baharu berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Datuk Hazani Ghazali yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).


Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di Kota Kinabalu dengan disaksikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Acryl Sani berkata, pelantikan Idris sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah baharu dilihat bertepatan memandangkan beliau seorang pegawai yang berpengalaman daripada aspek siasatan jenayah.

"Saya juga merasa sangat yakin bahawa beliau dapat menggalas tugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang akan disokong padu oleh semua pegawai dan anggota warga Sabah termasuklah Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam usaha kita untuk memastikan keadaan keselamatan dan ketenteraman di Sabah dapat kita kekalkan," katanya.

Picture
Acryl Sani (tengah) menyaksikan Hazani (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Idris sebagai simbolik kepada serah terima tugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah di IPK Sabah, Kota Kinabalu pada Khamis.

Pesuruhjaya Polis Sabah baharu, Datuk Idris Abdullah menetapkan 3 fokus utama untuk beliau terapkan bagi menerajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah.


Beliau dalam masa sama, turut akan meneruskan apa yang telah dilaksanakan oleh bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali sebelum ini.

Picture
Ketua Menteri Sabah menerima cenderamata daripada Ketua Polis Negara, Acryl Sani.

"Saya memfokuskan kepada tiga (perkara), satu untuk saya menekankan kepada integriti supaya kita melihat balik, kita menghayati apa-apa yang telah termaktub dalam etika perkhidmatan awam terutama dalam pasukan PDRM.

"Yang kedua, mungkin saya fokus dari segi sistem penyampaian supaya kita meningkatkan lagi kecekapan dari segi penyampaian perkhidmatan masyarakat. Ini mustahak, mungkin dulu sudah buat dan sebagainya, kita tengok balik dari segi keberkesanannya.

Picture
Hajiji menyampaikan cenderamata kepada Hazani sambil diperhatikan oleh Acryl Sani dan Idris (kanan).

"Yang nombor tiga, untuk melihat balik dan menyokong apa sahaja polisi dan dasar kerajaan. Kita kena bantu kerajaan untuk menjayakan apa sahaja dasar termasuk ketika berhadapan pandemik, kita memberi bantuan sepenuhnya supaya kita dapat memutuskan rantaian Covid-19," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada Khamis.


Mengulas lanjut, Idris melihat cabaran beliau di negeri ini adalah dari segi geografinya di mana Sabah bersempadan dengan dua negara dan ia lebih kepada pendekatan diplomatik.

"Mungkin di sini kita melihat balik strategi-strategi kita dari segi perisikan kita bagaimana nak mengumpulkan sebanyak mungkin dari segi maklumat-maklumat. Kalau kita tiada maklumat, segala perancangan kita tidak dapat dilaksanakan dengan betul.

"Yang kedua, saya melihat dari segi bantuan teknikal, sekarang ini zaman moden dan canggih, apa yang kita tengok boleh membantu kita dari segi bantuan teknikal seperti yang dikatakan Ketua Polis Negara, bahawa kita memerlukan aset yang lebih canggih dan sebagainya," katanya.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani turut menyaksikan majlis serah terima tugas antara Hazani dan Idris sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.